tinta Qalam_Hazin

6 Mac 2011

Kuatnya Cabaran ....



Jalan mujahadah
Menuju mahmudah
Tangganya licin dan berlumut
Basah dan berselut
Langkahnya mesti diatur awal
Gerak dicatur tangkas
Musuhnya tak pernah alpa
Siap siaga menerpa
Sunyi bukannya janji tenang
Hidup tidak mengundang senang
Ujiannya bagai air mengalir
Tiada noktah pengakhir
Masalah datang berulang
Godaan mengimbau di setiap ruang
Dalangnya nafsu yang tak mundur
Syaitan yang tak pernah tidur
Tiada perhentian buat berehat
Bukan di sini melepas penat
Hiburannya tenang hati di dunia
Bahagia hakiki di syurga
Kerana berjuang ertinya berkorban
Berkorban ertinya terkorban
Terkorban ertinya menderita
Derita asam garam perjuangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan